Sunday 11 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  BAHASA  MALAYSIA

MATAPELAJARAN: BAHASA  MALAYSIA

 DARJAH:  LIMA

TEMPAT:  BILIK  DARJAH  TAHUN  ENAM

TARIKH:  01  NOVEMBER 2011

MASA:  1055 – 1125  (30  MINIT)

BILANGAN PELAJAR:  8   ORANG

TEMA / TAJUK:   MEMAHAMI  PERBUALAN

OBJEKTIF:   Di  AKHIR  PENGAJARAN  DAN  PEMBELAJARAN,  MURID  DAPAT:

I.   MENJAWAB  SEKURANG-KURANGNYA  LIMA  SOALAN  YANG  BERASASKAN  DIALOG  DIGUNAKAN  DALAM  MAIN  PERANAN.

BAHAN  SUMBER:  KAD  GAMBAR  ENCIK  ASMAN  DAN  ISTERINYA,  ANAKNYA  ALI  DAN  RAKANNYA  AH  SENG.

NILAI:  HORMAT-MENGHORMATI,  KERAJINAN  DAN  BEKERJASAMA.



Peringkat
Aktiviti  Guru
Aktiviti  Murid

Set  Induksi
(2  minit)
1.  Guru  menunjukkan  kad-kad  gambar  Encik  Asman  dan  isteri,  Ali  dan  Ah  Seng.
1.  Murid  memerhati   dan  menjawab  soalan  guru.

Langkah  I
(15 minit)
1.  Tiga  orang  murid  lelaki  dan  seorang  murid  perempuan  diminta  keluar.
2.  Guru  menerangkan  plot  main  peranan  di  mana  Encik  Asman  sedang  menasihati  anaknya  supaya  belajar  dengan  tekun.  Isterinya  mengulas  lagi  sebab  Ali  perlu  rajin  belajar  agar  memperolehi  prestasi  yang  cemerlang.  Ah  Seng,  rakan  Ali  sentiasa  belajar  bersama  Ali.  Akhirnya  kedua-dua  murid  itu  berjaya  memasuki  university  di  seberang  laut.
1.  Murid  mendengar  dan  menyoal.
Langkah  II
(10  minit)
1.  Guru  menerangkan  watak  bagi  setiap  orang  murid.
2.  Guru  meminta  murid  duduk  di  dalam  kumpulan  dan  berbincang  tentang  main  peranan  itu.
1.  Murid  mendengar  dengan  teliti.
2.  Murid  berbincang  tentang  main  peranan  itu.
Penutup
(3  minit)
1.  Guru  membuat  kesimpulan  setelah  menjalankan  sesi  soal  jawab.
1.  Murid  menjawab  soalan  guru  dengan  sopan.





Refleksi

Semasa  menjalankan  aktiviti  pengajaran  mengenai  topik  ini,  saya  telah  menggunakan  kaedah  main  peranan.  Kaedah  ini  melibatkan  murid-murid  di  mana  mereka  perlu  memegang  watak  sebagai  Encik  Asman,  isterinya,  Ali  dan  Ah  Seng.  Murid  berasa  terhibur  dan  sentiasa  berusaha  untuk  menyumbangkan  idea  mereka.

No comments: