Sunday 11 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Sains

Rancangan  Pengajaran  Harian  Sains











Tema: Menyiasat Alam Sekitar
Tajuk: Menguji kanji di dalam daun
Sub Topik: Tumbuh-tumbuhan
Tarikh: 28-10-2011 (JUMAAT)
Masa: 1020 - 1050
Tempoh:  30 minit
Tahun: Empat
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
i. menguji kanji di dalam daun.
ii. menjalankan eksperimen dengan betul.
iii. melalui kaedah inkuiri-penemuan dapat membuat rumusan
bahawa kanji terdapat di dalam daun.
Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat mengenalpasti kanji di dalam daun melalui
eksperimen.
Pendekatan/Kaedah/Strategi: Kaedah Inkuiri-Penemuan
Langkah

Isi  pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan/BBM

Set induksi (5minit)
Mengenal  pasti jenis  daun
1. Guru memberikan beberapa  jenis  daun kepada  murid.
2.   Murid diminta meneka jenis  daun tersebut.
3.   Murid diminta melekatkan jawapan yang diteka oleh mereka di papan tulis.
4.  Guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan tajuk pelajaran hari ini.

·  Daun


Langkah 1 (20minit)
Menjalankan  kaedah  inkuiri-penemuan
1.  Murid diminta menjalankan  eksperimen  untuk  menguji  kanji  di  dalam  daun
2.  Guru mengedarkan  semua  peralatan  yang  diperlukan  kepada  murid-murid.
3.  Murid-murid  menjalankan  eksperimen  dalam  kumpulan.
·Mikroskop
·Daun

Langkah 2 (3 minit)
Mengelaskan ciri-ciri  kanji  dalam  daun.
1. Guru  menerangkan  ciri-ciri  kanji  di  dalam  daun.
2.  Guru  memerhatikan  hasil  kerja  murid.
3.  Guru  menunjukkan contoh  daun  kepada  murid.

 ·Daun

Penutup
(2minit)
Rumusan
Isi
pelajaran
1. Guru membuat rumusan akhir isi pelajaran.
2. Murid dikehendaki mencari perkataan tersembunyi dan mengelaskan perkataan itu mengikut kumpulannya.


Refleksi

Murid-murid  berasa  seronok  dan  terhibur  apabila  menjalankan  ekperimen.  Objektif  dikatakan  tercapai  kerana  murid  dapat  mengesan  kanji  yang  ada  dalam  daun.
..

No comments: