Sunday, 11 December 2011

Skor A untuk Pemahaman BM

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=v-vaEdHmH1w

10 Budak Hitam (video animasi Flash)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=2o_ojWuS0S8

Mahir sifir cara pantas

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=U6MLaMnf68I

Lagu-lagu sifir

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=1YjXTgUL9p4

Cara ingat formula Matematik guna lagu

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=NEDpWng6nZI

Add caption




Rancangan Pengajaran Harian Sains

Rancangan  Pengajaran  Harian  Sains











Tema: Menyiasat Alam Sekitar
Tajuk: Menguji kanji di dalam daun
Sub Topik: Tumbuh-tumbuhan
Tarikh: 28-10-2011 (JUMAAT)
Masa: 1020 - 1050
Tempoh:  30 minit
Tahun: Empat
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
i. menguji kanji di dalam daun.
ii. menjalankan eksperimen dengan betul.
iii. melalui kaedah inkuiri-penemuan dapat membuat rumusan
bahawa kanji terdapat di dalam daun.
Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat mengenalpasti kanji di dalam daun melalui
eksperimen.
Pendekatan/Kaedah/Strategi: Kaedah Inkuiri-Penemuan
Langkah

Isi  pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan/BBM

Set induksi (5minit)
Mengenal  pasti jenis  daun
1. Guru memberikan beberapa  jenis  daun kepada  murid.
2.   Murid diminta meneka jenis  daun tersebut.
3.   Murid diminta melekatkan jawapan yang diteka oleh mereka di papan tulis.
4.  Guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan tajuk pelajaran hari ini.

·  Daun


Langkah 1 (20minit)
Menjalankan  kaedah  inkuiri-penemuan
1.  Murid diminta menjalankan  eksperimen  untuk  menguji  kanji  di  dalam  daun
2.  Guru mengedarkan  semua  peralatan  yang  diperlukan  kepada  murid-murid.
3.  Murid-murid  menjalankan  eksperimen  dalam  kumpulan.
·Mikroskop
·Daun

Langkah 2 (3 minit)
Mengelaskan ciri-ciri  kanji  dalam  daun.
1. Guru  menerangkan  ciri-ciri  kanji  di  dalam  daun.
2.  Guru  memerhatikan  hasil  kerja  murid.
3.  Guru  menunjukkan contoh  daun  kepada  murid.

 ·Daun

Penutup
(2minit)
Rumusan
Isi
pelajaran
1. Guru membuat rumusan akhir isi pelajaran.
2. Murid dikehendaki mencari perkataan tersembunyi dan mengelaskan perkataan itu mengikut kumpulannya.


Refleksi

Murid-murid  berasa  seronok  dan  terhibur  apabila  menjalankan  ekperimen.  Objektif  dikatakan  tercapai  kerana  murid  dapat  mengesan  kanji  yang  ada  dalam  daun.
..

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  BAHASA  MALAYSIA

MATAPELAJARAN: BAHASA  MALAYSIA

 DARJAH:  LIMA

TEMPAT:  BILIK  DARJAH  TAHUN  ENAM

TARIKH:  01  NOVEMBER 2011

MASA:  1055 – 1125  (30  MINIT)

BILANGAN PELAJAR:  8   ORANG

TEMA / TAJUK:   MEMAHAMI  PERBUALAN

OBJEKTIF:   Di  AKHIR  PENGAJARAN  DAN  PEMBELAJARAN,  MURID  DAPAT:

I.   MENJAWAB  SEKURANG-KURANGNYA  LIMA  SOALAN  YANG  BERASASKAN  DIALOG  DIGUNAKAN  DALAM  MAIN  PERANAN.

BAHAN  SUMBER:  KAD  GAMBAR  ENCIK  ASMAN  DAN  ISTERINYA,  ANAKNYA  ALI  DAN  RAKANNYA  AH  SENG.

NILAI:  HORMAT-MENGHORMATI,  KERAJINAN  DAN  BEKERJASAMA.



Peringkat
Aktiviti  Guru
Aktiviti  Murid

Set  Induksi
(2  minit)
1.  Guru  menunjukkan  kad-kad  gambar  Encik  Asman  dan  isteri,  Ali  dan  Ah  Seng.
1.  Murid  memerhati   dan  menjawab  soalan  guru.

Langkah  I
(15 minit)
1.  Tiga  orang  murid  lelaki  dan  seorang  murid  perempuan  diminta  keluar.
2.  Guru  menerangkan  plot  main  peranan  di  mana  Encik  Asman  sedang  menasihati  anaknya  supaya  belajar  dengan  tekun.  Isterinya  mengulas  lagi  sebab  Ali  perlu  rajin  belajar  agar  memperolehi  prestasi  yang  cemerlang.  Ah  Seng,  rakan  Ali  sentiasa  belajar  bersama  Ali.  Akhirnya  kedua-dua  murid  itu  berjaya  memasuki  university  di  seberang  laut.
1.  Murid  mendengar  dan  menyoal.
Langkah  II
(10  minit)
1.  Guru  menerangkan  watak  bagi  setiap  orang  murid.
2.  Guru  meminta  murid  duduk  di  dalam  kumpulan  dan  berbincang  tentang  main  peranan  itu.
1.  Murid  mendengar  dengan  teliti.
2.  Murid  berbincang  tentang  main  peranan  itu.
Penutup
(3  minit)
1.  Guru  membuat  kesimpulan  setelah  menjalankan  sesi  soal  jawab.
1.  Murid  menjawab  soalan  guru  dengan  sopan.





Refleksi

Semasa  menjalankan  aktiviti  pengajaran  mengenai  topik  ini,  saya  telah  menggunakan  kaedah  main  peranan.  Kaedah  ini  melibatkan  murid-murid  di  mana  mereka  perlu  memegang  watak  sebagai  Encik  Asman,  isterinya,  Ali  dan  Ah  Seng.  Murid  berasa  terhibur  dan  sentiasa  berusaha  untuk  menyumbangkan  idea  mereka.

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan


Rancangan  Pengajaran  Harian  Kajian  Tempatan



MATAPELAJARAN: KAJIAN  TEMPATAN

 DARJAH:  EMPAT

TEMPAT:  BILIK  DARJAH  TAHUN  EMPAT

TARIKH:  5  OKTOBER 2011

MASA:  0820 – 0920  (60  minit)

BILANGAN PELAJAR:  8   orang

TEMA / TAJUK:   KELUARGA  ASAS

SUB TAJUK:  KELUARGA

OBJEKTIF KHAS:   Diakhir pengajaran dan pembelajaran  murid dapat :

A)  Menyebut  ahli-ahli  dalam  keluarga  asas.

B)  Menjalankan  aktiviti  dengan  baik.



Peringkat
Aktiviti  Guru
Aktiviti  Murid
Set  Induksi
(5  minit)
1.  Guru  menunjukkan  gambar  foto  ayah,  emak  dan  tiga  orang  anak.
2.  Guru  menjalankan  aktiviti  soal-jawab  dengan  murid.
Contoh:  Apa  yang  murid  dapat  perhatikan  dalam  gambar?
1.  Murid-murid  memerhati  dan  menyoal  guru.

2.  Murid  menjawab  soalan  guru.
Contoh:  Ibu,  bapa  dan  anak-anak.
Langkah  1
(20  minit)
1.  Guru  memilih  lima  orang  murid.  Guru  menentukan  watak  bagi  ayah,  emak  dan  anak-anak.
2.  Guru  member  arahan  dengan  jelas.
3.  Guru  memulakan  sesi  simulasi.



4.  Aktiviti  dijalankan  secara  bergilir  dengan  watak  ditukar.
1.  Murid-murid  mengangkat  tangan  agar  dipilih  sebagai  peserta.

2.  Pelakon-pelakon  mendengar  arahan  guru  dengan  jelas.
3.  Pelakon-pelakon  memulakan  simulasi  dengan  situasi  di  mana  ayah  sedang  menasihati  anak-anak  supaya  lebih  tekun  dalam  pelajaran  mereka.
4.  Murid  berlakon  mengikut  watak  yang  dipegang.
Langkah  II
(5  minit)
1.  Guru  meminta  murid-murid  member  ulasan  tentang  simulasi  tersebut.
1.  Murid-murid  memberi  ulasan.
Langkah  III
(20  minit)
1.  Guru  member  penerangan  tentang  sebuah  keluarga  asas  serta  peranan  seorang  bapa  dan  emak.
2.  Guru  mengedarkan  lembaran  kerja  kepada  murid.
1.  Murid-murid  mendengar  penenragan  serta  menyoal  jika  tidak  faham.

2.  Murid-murid  menjawab  soalan  dalam  lembaran  kerja.
Langkah  IV
(10minit)
1.  Guru  membuat  rumusan  tentang  apa  itu   sebuah  keluarga  asas.
2.  Guru  memberi  penerangan  kepada  murid-murid  kerana  telah  mengambil  bahagian.
1.  Murid-murid  mendengar  dan  membuat  catatan.

2.  Murid-murid  bertepuk  tangan.



Refleksi

Semasa  menjalankan  aktiviti  pengajaran  tentang  topik  ini,  murid-murid  berasa  seronok  dan  melibatkan  diri  secara  langsung  dalam  aktiviti  simulasi.  Keadaan  ini  membantu  saya  menjayakan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran.  Selain  itu,  murid-murid  juga  berlakon  dengan  baik..






Rancangan Pengajaran Harian Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  MATEMATIK





MATAPELAJARAN: MATEMATIK
 DARJAH:  ENAM
TEMPAT:  BILIK  DARJAH  TAHUN  ENAM
TARIKH:  10  NOVEMBER 2011
MASA:  1155 – 1225  (30  minit)
BILANGAN PELAJAR:  8   orang
TEMA / TAJUK:   Nombor  Bulat
SUB TAJUK:  Tambah  dalam  lingkungan  1000000
OBJEKTIF KHAS:   Diakhir pengajaran dan pembelajaran  murid dapat :
A) Menguasai pengetahuan:
1)  Menambah.
2)  Menjalankan  aktiviti  dengan  baik.
B) Menguasai kemahiran :
1) Menambah  sebarang  dua  nombor  dengan  mengumpul  semula.
2) Menambah  nombor  tujuh  digit  dengan  nombor  hingga  tujuh  digit.
C) Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif.
1)  Berhati-hati.
2)  Tekun.
3) Berterima  kasih.
4)  Bijak
BAHAN PERALATAN DAN BAHAN SUMBER:  Buku  teks,  papan  hitam,  kad  nombor,  lembaran  kerja,  buku  kerja  dan  kapur  berwarna.
PENGETAHUAN SEDIA ADA:  Murid  telah  mempelajari  operasi  tambah  dalam  lingkungan  enam  digit  semasa  Tahun  Lima.


Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

Set Induksi
(3 minit)


1.Menerangkan  operasi  tambah





1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar kepada murid-murid.

2. Guru menunjukkan  kad  nombor  kepada  murid-murid.
Contoh 1:
      888889 + 111111=
    Contoh 2:
    333334 + 666666=
   
 3. Guru membimbing  murid  membaca  nombor  dengan  betul.


4.  Guru  minta  murid-murid  menyebut  hasil tambah dua  nombor dalam  kad.



5. Guru  minta  murid-murid memberi tepukan  apabila  jawapan  yang  diberi  adalah  betul.



6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu `Tambah  dalam  lingkungan  1000000.”


1. Murid menjawab salam  guru  dengan  berdiri.

 2. Murid-murid  memerhatikan  kad  nombor  yang  ditunjukkan  oleh  guru.


3.Murid  membaca  nombor  yang  dicatat dalam  kad nombor.

4. Murid menjawab  soalan  guru  dengan  menyebut  jumlah  hasil  tambah  dua  nombor  iaitu  1  juta.

5.  Murid  memberi  tepukan  semangat  apabila  rakan  memberi  jawapan  yang  betul.



Strategi / Teknik :
Kontekstual



Sumber :
1. Kad  nombor




Langkah 1

(8 minit)

Menerangkan  konsep  operasi  tambah
- Murid  perlu  mula tambah di sebelah kanan.
-  Murid perlu berhati-hati ketika kumpul semula.



1.  Guru menerangkan langkah  menjawab  soalan  operasi  tambah  yang  betul.

2. Guru menyoal murid  hasil  tambah  setiap  nombor.


3. Guru menerapkan
nilai berhati-hati dan rajin kepada murid-murid semasa  menjalankan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran.

1. Murid mendengar penerangan  guru  dengan  teliti.
  
2.  Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

3.  Murid mendengar  penjelasan  guru  dengan  teliti  kemudian menjawab soalan.


Strategi / Teknik :
Sumbangsaran    
/ mengcungkil idea

Sumber :
1. Buku teks.



Langkah 2
Aktiviti  menguji  kefahaman 
(10 minit)

1. Menjawab  soalan  di  papan  hitam  untuk  menguji  kefahaman  murid.



1.  Guru melekatkan  kad  nombor  di  papan  hitam.
a.35892  +    154176 =
b.6531   +    276254   =
c.43891  +    695347  =
d.375636  +   462307 =
e.650321  +  439625  =

 2.  Kemudian,  guru  minta  murid-murid  menjawab  soalan  di  papan  hitam  seorang  demi  seorang.

3.  Murid-murid  yang  disebut  nama menjawab  soalan  di  papan  hitam.



4.  Guru  minta  murid  menjawab  soalan  dengan  berhati-hati dan jangan  cuai.


5.  Guru menyemak  jawapan  bersama  dengan  murid-murid.




6.  Murid-murid  yang  dapat  menjawab  soalan  dengan  betul  diberi  tepukan  dan  hadiah.



1. Murid memerhatikan  kad  nombor  yang  dilekat  di  papan  hitam






2. Murid mendengar dan mengikut arahan guru dengan teliti.



3.  Murid  menjawab  soalan  di  papan  hitam  apabila  disebut  nama.


4.  Murid  menjawab  soalan  dengan  berhati-hati.


5.  Murid  membaca  jawapan  satu  demi  satu  dibawah  bimbingan  guru.

6.  Murid  menepuk  tangan  apabila  kawan  member  jawapan  yang betul dan menerima  hadiah  daripada  guru.

Strategi / Teknik :
Pembelajaran Koperatif
(kad  nombor)

Kecerdasan Pelbagai


Sumber :
1.kad  nombor
2. kapur  berwarna

















Nilai:  Berhati-hati





Langkah 3
Aktiviti  “Puzzle”
(7 minit)


1.  Tulis nombor 1 hingga 8 dalam kotak grid.

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap  murid.
  
2. Guru meminta murid  melengkapakan lembaran  kerja  dalam  tempoh  masa  yang  ditetapkan.

3. Guru mengutip  lembaran  kerja.



4.  Guru menyemak  jawapan  murid  bersama  dengan  murid.



5. Guru memberi  hadiah kepada murid yang dapat mengisi  petak  dengan  jawapan yang  betul.


1. Murid memerhatikan  lembaran  kerja  yang  diedarkan  oleh  guru.


2. Murid mengisi  kotak  grid dalam  lembaran  kerja  dengan  tekun.


3. Murid menghantar  lembaran  kerja  kepada  guru.
  
4. Murid  memerhatikan  jawapan  yang  diberi  oleh  rakan  lain.


5. Murid mengucapkan terima kasih kepada guru  setelah  menerima  hadiah  daripada  guru.

Strategi / Teknik :
Uji  kecerdasan

Sumber :
1. Lembaran kerja

Nilai:  Tekun















Nilai:  Berterima  kasih
Penutup
Aktiviti  mengira
(2 minit)

1.  Guru  menunjukkan  kad  nombor  kepada  murid. 
Kad  nombor   

878788
121212
     2.  Kemudian,  guru  minta  murid mengira.



3.  Guru  minta  murid  menyebut hasil  tambah  dua  kad  nombor.

 4.  Guru  memuji  murid bijak apabila  mendapat  jawapan  yang  betul  daripada  murid.

5.  Guru  minta  murid  memberi  tepukan  semangat  untuk  diri  sendiri.

6.  Guru  mengaitkan  aktiviti  dengan  menjalankan  aktiviti  soal-jawab.
Guru: Murid,  apa  yang  anda  semua  telah  pelajari  hari  ini?


7.  Guru  minta  murid  menyiapkan  latihan  dalam  buku  kerja  dan  hantar  pada  keesokan  hari.
  • Lembaran kerja 2
1.  Murid  memerhatikan  kad  nombor  yang  ditunjukkan  oleh  guru.






2.  Murid  mengira  dua  nombor  dalam  kad.

3.  Murid  menyebutkan  jawapan  masing-masing.

4.  Murid  berasa  gembira  apabila  dipuji.



5.  Murid  memberi  tepukan  semangat  untuk  diri  sendiri.


6.  Murid  menjawab  soalan  yang  dikemukakan  oleh  guru.
Murid:  Tambah  sehingga  1  juta  cikgu.

7.  Murid  menjawab  soalan  dalam  buku  kerja  dengan  tekun.

















Nilai:  Bijak


















Nilai:  Tekun





Refleksi
Murid  dapat  menambah  dengan  betul.  Ketika  menjalankan  operasi  tambah,  murid  dapat  menyebut  dan  mengira  dengan  betul.  Selain  itu,  kawalan  kelas  adalah  lancar  dan  tidak  ada  gangguan  kerana  murid  kurang.  Objektif  tercapai  kerana  murid  telah  belajar  operasi  tambah  sebelum  ini  dengan  nilainya  sehingga  puluh  ribu.