Sunday 11 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  MATEMATIK





MATAPELAJARAN: MATEMATIK
 DARJAH:  ENAM
TEMPAT:  BILIK  DARJAH  TAHUN  ENAM
TARIKH:  10  NOVEMBER 2011
MASA:  1155 – 1225  (30  minit)
BILANGAN PELAJAR:  8   orang
TEMA / TAJUK:   Nombor  Bulat
SUB TAJUK:  Tambah  dalam  lingkungan  1000000
OBJEKTIF KHAS:   Diakhir pengajaran dan pembelajaran  murid dapat :
A) Menguasai pengetahuan:
1)  Menambah.
2)  Menjalankan  aktiviti  dengan  baik.
B) Menguasai kemahiran :
1) Menambah  sebarang  dua  nombor  dengan  mengumpul  semula.
2) Menambah  nombor  tujuh  digit  dengan  nombor  hingga  tujuh  digit.
C) Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif.
1)  Berhati-hati.
2)  Tekun.
3) Berterima  kasih.
4)  Bijak
BAHAN PERALATAN DAN BAHAN SUMBER:  Buku  teks,  papan  hitam,  kad  nombor,  lembaran  kerja,  buku  kerja  dan  kapur  berwarna.
PENGETAHUAN SEDIA ADA:  Murid  telah  mempelajari  operasi  tambah  dalam  lingkungan  enam  digit  semasa  Tahun  Lima.


Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

Set Induksi
(3 minit)


1.Menerangkan  operasi  tambah





1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar kepada murid-murid.

2. Guru menunjukkan  kad  nombor  kepada  murid-murid.
Contoh 1:
      888889 + 111111=
    Contoh 2:
    333334 + 666666=
   
 3. Guru membimbing  murid  membaca  nombor  dengan  betul.


4.  Guru  minta  murid-murid  menyebut  hasil tambah dua  nombor dalam  kad.



5. Guru  minta  murid-murid memberi tepukan  apabila  jawapan  yang  diberi  adalah  betul.



6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu `Tambah  dalam  lingkungan  1000000.”


1. Murid menjawab salam  guru  dengan  berdiri.

 2. Murid-murid  memerhatikan  kad  nombor  yang  ditunjukkan  oleh  guru.


3.Murid  membaca  nombor  yang  dicatat dalam  kad nombor.

4. Murid menjawab  soalan  guru  dengan  menyebut  jumlah  hasil  tambah  dua  nombor  iaitu  1  juta.

5.  Murid  memberi  tepukan  semangat  apabila  rakan  memberi  jawapan  yang  betul.



Strategi / Teknik :
Kontekstual



Sumber :
1. Kad  nombor




Langkah 1

(8 minit)

Menerangkan  konsep  operasi  tambah
- Murid  perlu  mula tambah di sebelah kanan.
-  Murid perlu berhati-hati ketika kumpul semula.



1.  Guru menerangkan langkah  menjawab  soalan  operasi  tambah  yang  betul.

2. Guru menyoal murid  hasil  tambah  setiap  nombor.


3. Guru menerapkan
nilai berhati-hati dan rajin kepada murid-murid semasa  menjalankan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran.

1. Murid mendengar penerangan  guru  dengan  teliti.
  
2.  Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

3.  Murid mendengar  penjelasan  guru  dengan  teliti  kemudian menjawab soalan.


Strategi / Teknik :
Sumbangsaran    
/ mengcungkil idea

Sumber :
1. Buku teks.



Langkah 2
Aktiviti  menguji  kefahaman 
(10 minit)

1. Menjawab  soalan  di  papan  hitam  untuk  menguji  kefahaman  murid.



1.  Guru melekatkan  kad  nombor  di  papan  hitam.
a.35892  +    154176 =
b.6531   +    276254   =
c.43891  +    695347  =
d.375636  +   462307 =
e.650321  +  439625  =

 2.  Kemudian,  guru  minta  murid-murid  menjawab  soalan  di  papan  hitam  seorang  demi  seorang.

3.  Murid-murid  yang  disebut  nama menjawab  soalan  di  papan  hitam.



4.  Guru  minta  murid  menjawab  soalan  dengan  berhati-hati dan jangan  cuai.


5.  Guru menyemak  jawapan  bersama  dengan  murid-murid.




6.  Murid-murid  yang  dapat  menjawab  soalan  dengan  betul  diberi  tepukan  dan  hadiah.



1. Murid memerhatikan  kad  nombor  yang  dilekat  di  papan  hitam






2. Murid mendengar dan mengikut arahan guru dengan teliti.



3.  Murid  menjawab  soalan  di  papan  hitam  apabila  disebut  nama.


4.  Murid  menjawab  soalan  dengan  berhati-hati.


5.  Murid  membaca  jawapan  satu  demi  satu  dibawah  bimbingan  guru.

6.  Murid  menepuk  tangan  apabila  kawan  member  jawapan  yang betul dan menerima  hadiah  daripada  guru.

Strategi / Teknik :
Pembelajaran Koperatif
(kad  nombor)

Kecerdasan Pelbagai


Sumber :
1.kad  nombor
2. kapur  berwarna

















Nilai:  Berhati-hati





Langkah 3
Aktiviti  “Puzzle”
(7 minit)


1.  Tulis nombor 1 hingga 8 dalam kotak grid.

1.  Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap  murid.
  
2. Guru meminta murid  melengkapakan lembaran  kerja  dalam  tempoh  masa  yang  ditetapkan.

3. Guru mengutip  lembaran  kerja.



4.  Guru menyemak  jawapan  murid  bersama  dengan  murid.



5. Guru memberi  hadiah kepada murid yang dapat mengisi  petak  dengan  jawapan yang  betul.


1. Murid memerhatikan  lembaran  kerja  yang  diedarkan  oleh  guru.


2. Murid mengisi  kotak  grid dalam  lembaran  kerja  dengan  tekun.


3. Murid menghantar  lembaran  kerja  kepada  guru.
  
4. Murid  memerhatikan  jawapan  yang  diberi  oleh  rakan  lain.


5. Murid mengucapkan terima kasih kepada guru  setelah  menerima  hadiah  daripada  guru.

Strategi / Teknik :
Uji  kecerdasan

Sumber :
1. Lembaran kerja

Nilai:  Tekun















Nilai:  Berterima  kasih
Penutup
Aktiviti  mengira
(2 minit)

1.  Guru  menunjukkan  kad  nombor  kepada  murid. 
Kad  nombor   

878788
121212
     2.  Kemudian,  guru  minta  murid mengira.



3.  Guru  minta  murid  menyebut hasil  tambah  dua  kad  nombor.

 4.  Guru  memuji  murid bijak apabila  mendapat  jawapan  yang  betul  daripada  murid.

5.  Guru  minta  murid  memberi  tepukan  semangat  untuk  diri  sendiri.

6.  Guru  mengaitkan  aktiviti  dengan  menjalankan  aktiviti  soal-jawab.
Guru: Murid,  apa  yang  anda  semua  telah  pelajari  hari  ini?


7.  Guru  minta  murid  menyiapkan  latihan  dalam  buku  kerja  dan  hantar  pada  keesokan  hari.
  • Lembaran kerja 2
1.  Murid  memerhatikan  kad  nombor  yang  ditunjukkan  oleh  guru.






2.  Murid  mengira  dua  nombor  dalam  kad.

3.  Murid  menyebutkan  jawapan  masing-masing.

4.  Murid  berasa  gembira  apabila  dipuji.



5.  Murid  memberi  tepukan  semangat  untuk  diri  sendiri.


6.  Murid  menjawab  soalan  yang  dikemukakan  oleh  guru.
Murid:  Tambah  sehingga  1  juta  cikgu.

7.  Murid  menjawab  soalan  dalam  buku  kerja  dengan  tekun.

















Nilai:  Bijak


















Nilai:  Tekun





Refleksi
Murid  dapat  menambah  dengan  betul.  Ketika  menjalankan  operasi  tambah,  murid  dapat  menyebut  dan  mengira  dengan  betul.  Selain  itu,  kawalan  kelas  adalah  lancar  dan  tidak  ada  gangguan  kerana  murid  kurang.  Objektif  tercapai  kerana  murid  telah  belajar  operasi  tambah  sebelum  ini  dengan  nilainya  sehingga  puluh  ribu.

No comments: